Wednesday, July 15, 2009

Mr Big Reunion world tour 2009, ohh Superfantastic!

.
Mr Big 2009, dah 20 tahun dah diorang ni.


Baca kat blog speed, pagi ni saya baru tahu yang Mr. Big dah mulakan siri Reunion Tour 2009 dengan anggota asal. Ah rindu nak tengok Paul Gilbert perform sama-sama Mr. Big atas pentas.
Idea asal bagaimana punca reunion ni terjadi memang menarik:
  1. Paul Gilbert dan Billy Sheehan start jamm bersama dalam projek tribute to The Who.
  2. Semua anggota Mr.Big (tidak termasuk penyanyi, Eric Martin) jamm sama-sama dalam show Paul Gilbert di House of Blues , West Hollywood, California. Yang menariknya Ritchie Kotzen pun join sekali!
  3. Ada orang buat prank pada semua anggota asal Mr.Big, menyamar jadi wakil Konsert Rocklahoma Festival 2008 mempelawa mereka join dalam konsert itu. Jemputan dilakukan melalui e-mail secara berasingan. Eric Martin yang memang dah lama tak berhubungan dengan rakan lamanya mula menghubungi Billy Sheehan untuk comfirmations. Mula dari situ mereka terus berutusan E-mail.
  4. Billy Sheehan beri hadiah krismas kepada anak Eric Martin yang berupa sebuah gitar bass custom-made kecik yang menyerupai bass Billy Sheehan. Menurut Eric Martin, part ni la yang betul-betul menjernihkan suasana antara mereka berdua.
Saya dulu memang ada rasa mereka akan bergabung semula pada masa-masa akan datang. Last konsert farewell mereka di Budokan dengan gitaris Ritchie Kotzen pun ada dirakam dalam DVD.
Saya ada album (keset) Hey Man, Get Over It dan kompilasi Deep Cut. Mp3 studio album complete semuanya.
My favourite songs: Green-tinted Sixties Mind, Just Take My Heart, Nothing but Love, Wild World, Dancing Right Into The Flame dan Take Cover.

So next stop Singapore ada sesiapa nak turun?


Reference
http://star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2009/7/8/music/20090708095146&sec=music
http://en.wikipedia.org/wiki/Mr._Big_(band)

6 comments:

SkiD said...

Mr Big...memula dengo aku tak le minat. Tapi bila album...apa ek?..ala aku tak ingat..nanti laaa

SkiD said...

Haa..baru ingat..album ketiga Bump Ahead..yg kepala orang kuar atas jalan tu. Baru le aku buleh terima Mr Big ni. Dan tu le satu2nya album dia yg aku beli.

berteromber said...

ni memang superband..gua follow dorang dari album Mr. Big sampai Hey Man (zaman Paul Gilbert)..part sampai Richie Kotzen...sama macam Poison gua dah tak follow...auu..huhuhu..

Lagu slow dorang memang gerek sey..fav gua "Addicted To That Rush", "Green Tinted Sixties Mind", "Daddy, Brother, Lover, Little Boy (The Electric Drill Song)","Colorado Bulldog" dan semua lagu slow dorang..suara Eric Martin mmg sesuai lagu slow ah..

eddie dewanaga said...

setuju dgn skid,
bump ahead telah menukar mereka jadi superband!

Portdy said...

Skidrow

bump ahead memang album agung Mr big lah....
lepas 2 tu dah suram makin suram,isyu biasa dalam lifecycle album2 rock band....kecuali yang betul2 hebat sahaja.


Broteromber,

eric martin memang identiti MrBig...
tapi kan Paul sama Billy memang serasi bersama....masa dengan kotzen muzik MrBig influence dah lain skit, dah campur blues....
zaman Paul Gilbert solo melodi dia mencengkamm

Brodragon,

diaorang memang superband, takda yang overshadow sesiapa, semuanya sama handal dan sama penting...

deaf-angel said...

mr big ni happy2 la..
kalo gi tengok pun happy2 nye feeling.

bulan 10 kan.