Tuesday, April 08, 2025

Hot Fuzz — For the greater good!







Nicholas Angel—polis paling patuh pekeliling ikhtisas dihantar ke pekan paling konon aman. Tapi bila orang kampung mula mati pelik-pelik, barulah terbongkar—kadang yang paling senyap tu paling seram.

Hot Fuzz bukan cerita polis biasa. Ini satira, sindiran, dan tembakan penuh gaya. Setiap aksi over-the-top tu sindir realiti: kadang yang kita sangka 'baik' tu cuma topeng yang kemas.

"Sistem yang terlalu sempurna, selalunya sembunyi sesuatu yang busuk."

#HotFuzz #PortdyReview #BritishDarkHumor #DarkWatchlistPortdy

#portdysfavouritemovietv

The Upside — Kau mampu patahkan sayapku Kau mampu tambatkan kedua kakiku Tapi kau tak akan dapat Mematahkan semangatku untuk hidup

The Upside adalah kira versi Hollywood adaptasi dari The Intouchables, tapi dengan flavour yang lain—lebih Amerika, tapi tetap ada jiwa dan chemistry antara dua watak utama: Dell (Kevin Hart) dan Phillip (Bryan Cranston)



Ada filem yang cuba bagi inspirasi, tapi rasa macam brosur motivasi MLM. Dan ada filem macam The Upside—yang tak perlu preach, tapi kau faham. Sebab bila dua manusia dari dunia yang tak sama duduk semeja, kadang-kadang yang tercipta bukan pertolongan... tapi kesedaran.

Phillip lumpuh, Dell terperangkap. Seorang tak boleh gerak, seorang tak boleh lepas dari bayang silam. Tapi bila dua-dua kosong, dunia pun perlahan-lahan jadi kanvas baru. Yang satu perlukan sebab untuk hidup. Yang satu perlukan peluang kedua. Tapi akhirnya, dua-dua dapat sesuatu yang lebih besar dari yang diorang minta.

Dell bukan nurse sempurna. Dia kasar, tak ikut buku, dan kadang clueless. Tapi dia ada satu benda yang dunia moden hilang—instinct. Dan kadang, instinct lebih berguna dari PhD.

The Upside ajar aku:
Kadang bila kau bantu orang, kau tak tahu yang kau sebenarnya tengah rawat diri sendiri.

Filem ni buat aku senyum dalam gelap. Sebab walau tak semua luka sembuh, kadang bila kau ada orang yang betul kat sebelah, luka tu tak rasa pedih sangat



portnote: sesuai buat orang yg sedang diuji kesakitan seperti stroke dan sebagainya

Supernatural: Hikayat Dua Beradik & Hantu-Hantu Yang Tak Pernah Habis

Carry on my wayward son
For there'll be peace when you are done
Lay your weary head to rest
Don't you cry no mor


---


Ada satu jalan yang tak bertanda. Malam panjang, highway sunyi, dan radio usang yang main lagu rock klasik—itulah dunia Supernatural. Tapi ini bukan cerita hantu klise atau drama air mata murahan. Ini kisah dua beradik—Dean dan Sam Winchester—yang hidup di celah sempadan antara dunia nyata dan yang ghaib.

Diorang tak mintak jadi hero. Tapi dunia paksa.

Supernatural bukan semata tentang makhluk—tapi tentang takdir yang kau cuba tolak tapi tetap datang menyergap, tentang keluarga yang kau tak boleh tinggalkan walau hati kau koyak, dan tentang percaya pada sesuatu walaupun hidup kau sendiri penuh dengan kejatuhan.

Dean ialah rock & roll dengan pistol perak. Sam pula buku nota penuh teori, tapi dada dia sarat luka lama. Kadang diorang gaduh, kadang diorang berdiri belakang satu sama lain bila dunia runtuh. Macam hidup—tak pernah lurus, tapi tetap jalan juga.

Setiap musim ada raksasa baru, tapi yang paling menakutkan selalunya bukan hantu—tapi pilihan yang kena buat bila tak ada pilihan langsung.

Dan oh, jangan lupa—soundtrack dia? Carry On Wayward Son, Led Zeppelin vibe, dan bunyi enjin Impala. Macam dengar degup jantung rockstar yang dah lama hilang tapi tak pernah mati.

Supernatural ajar satu benda:
Walau kau sendiri pun seram dengan apa yang jadi dalam hidup—kau tetap kena drive terus. Sampai jumpa cahaya, atau jadi sebahagian dari gelap tu sendiri.


---



Thursday, March 27, 2025

Poison - Native Tongue (1993)jpn press


antara kenangan balik kerja kilang pada hari gaji.

singgah kedai keset di bus stand Pontian ( lokasi lama) konon nak beli kesetan ini

tapi entah di mana silapnya saya beli keset Ella Dua Insan Bercinta Mini Album. 

menyesal sungguh

dah tua. begini barula dapat cari cdnya

kenapa saya suka album ini? kerana mungkin taste muzik saya buruk. minat album yg orang lain x minat.  

album ini adalah ketika Ritchie Kotzen menggantikan cc devil di posisi gitar

kuat nuansa blues mengatasi glam rock poison

beberapa lagu yg saya suka

1. Stand
2. blind Faith
3. theatre Of the soul
4. Until you Suffer some ( fire and ice)

untuk jpn press ada stiker, buku photo dan outer box

Wednesday, March 26, 2025

Iron Maiden - Virtual XI ( Virtual eleven)

Iron Maiden - Virtual XI ( Virtual eleven)
album ke 11 IRMA
l
kenangan semasa balik keeja kilang Mitsumi pada hari jumaat. singgah ke pasar lambak Pontian beli kesetan

ye dulu kesetan original bole dibeli di pasar malam ye. tak semuanya pirate. 

zaman tu ada beberapa port record store di Pontian

1. pasaraya Parkson
2. pasaraya NILAI
3. TONY KEDAI KESET
4. kedai karen philips sebelah parkson
5 . kedai keset bus stand Pontian kat depan tandas awam. abang oku yg jaga.

album ni special untuk saya  sbb sy kenal Iron maiden dari album ini dan X FACTOR

walaupun ramai yang tak suka Blaze Bailey tapi album ni ada byk lagu yang bagus

The Angel and The Gambler, Clansman,Como estais Amigo dan single Futureal antara yang terbaik. 

album ni sangat sesuai dengar back to back dengan X FACTOR.

Lagu Clansman sesuai jadi runut Brave Heart ❤️. Freedom!

album ini turut dipromosikan dengan permainan video Ed Hunter beberapa bulan rilisannya selepas itu

Monday, March 24, 2025

X

Def Leppard - Ten ( X)

album yg diterbitkan pada 2002

sejujurnya tiada sebarang memori indah atas album ini

lagu2 nya tak memorable. agak menyumpah juga bila kali pertana memutar kesetan ini.

at least album sebelum nya ( Euphoria) masih enjoy didengar dan ada lagu yang best seperti Promises, Demolition Man , Paper sun.

untuk album ni sy cuma ingat lagu Now ( kisah sehelai tshirt union jack dan video dia heavy rotation juga dulu di mtv)

dan lagu Long Long Way To Go yang diminati oleh sahabat saya Seriusdep Berbual 
 lagu ni sesuai jadi lagu untuk Westlife. Sekadar trivia, Lionel Ritchie turut merakamkan versi beliau pada 2024.

beli sekadar melengkapkan kenangan pernah beli kesetan nya.

Sunday, March 23, 2025

Def Leppard - Retro Active ( 1993) JPN

Def Leppard - Retro Active ( 1993) JPN

pada tahun 1993 saya pergi ke rumah kawan dan beliau menunjukkan keset ini siap free songbook percuma yang dibeli di Parkson Pontian. Terasa teringin sangat memiliki songbook dan cd nya tapi tak berkemampuan masa tu.

tahun demi tahun hunting akan kesetan dan cd. masih mudah dijumpai tetapi buku lagu itu amat susah.

album ini lagu² amat menarik walaupun lagu ni semua adalah outtakes, leftover dan B Sides. 

dengarlah Desert song back to back Fractured love  dua lagu opener yang cukup groove

lagu ballad dari OST Last action Heroes lakonan Arnold Schwarzenegger - Two Step Behind( ada 2 versi), Miss You In A heartbeat ( cover lagu The Law pun ada 3 versi ), From The inside( Lagu pasal dadah seseuai untuk kempen AADK di jabatan anda)

semua best..ada pun saya menyampah sikit lagu Action je .

satu yang saya suka cover album ni . konsep ilusi optik. anda boleh pilih melihat wanita depan cermin atau tengkorak 💀

teringat dulu masa kursus motivation ada motivator guna cover ni. excited saya masa tu😅

saja je bgtau akhirnya jumpa juga dengan songbook  tu di carousel! hadiah birthday 😛

saya sekadar membeli kenangan.😌

Saturday, March 22, 2025

White lion - Mane Attraction (1991)


Sesungguhnya 90an tahun yang amat seronok untuk saya dari segi rilisan muzik.

Antara kenangan saya mendengar radio 98.7 Singapore dulu adalah mendengar lagu Farewell to You berkumandang 

album ini yang keluar zaman grunge meletop mungkin sedikit diabaikan oleh peminat muzik ketika itu

tapi lagu2 nya amat menarik. White lion tak teringin pun menukar muzik mereka mengikut peredaran semasa. dengar sahaja solo lagu You're All I need saja dah cukup menusuk kalbu

Vito Bratta memang pakar dalam melodi.

Tuesday, March 11, 2025

malmsteen - magnum opus japan press



kenangan ketika dulu kerja ki





kenangan ketika dulu kerja kilang.
kongsi dengar walkman dgn seorang rakan satu bas. 

sedap2 lagunya

magnum opus malmsteen