Iron Maiden - Virtual XI ( Virtual eleven)
album ke 11 IRMA
kenangan semasa balik keeja kilang Mitsumi pada hari jumaat. singgah ke pasar lambak Pontian beli kesetan
ye dulu kesetan original bole dibeli di pasar malam ye. tak semuanya pirate.
zaman tu ada beberapa port record store di Pontian
1. pasaraya Parkson
2. pasaraya NILAI
3. TONY KEDAI KESET
4. kedai karen philips sebelah parkson
5 . kedai keset bus stand Pontian kat depan tandas awam. abang oku yg jaga.
walaupun ramai yang tak suka Blaze Bailey tapi album ni ada byk lagu yang bagus
The Angel and The Gambler, Clansman,Como estais Amigo dan single Futureal antara yang terbaik.
album ni sangat sesuai dengar back to back dengan X FACTOR.
Lagu Clansman sesuai jadi runut Brave Heart ❤️. Freedom!
album ini turut dipromosikan dengan permainan video Ed Hunter beberapa bulan rilisannya selepas itu
2 comments:
aku sebelum album ni aku layan FOTD dan ARLO, bila album ni rilis aku terkejut kenapa suara vokalis dah lain macam, dulu tak ada rujukan... hanya word of mouths member-member
tapi lepas layan kesetan beberapa putar, betul memang best lagu-lagunya kecuali Angel/Gambler (sebab terlalu panjang dan banyak repeat)
sama, lepas VXI baru aku layan TXF yang lagi gloomy
kalau kena pilih album IRMA aku pilih Fotd, BNW, XF dan VX1
Post a Comment