Friday, August 07, 2009

DVD Review: Metallica S&M

.
Symphony & Metallica. The DVD.

Edaran : Warner Music Malaysia.
Tarikh kelulusan perakuan LPFM - 06/06/2008.
Tarikh beli: 01/08/09 (Mahkota perit).
Harga: Berpatutan setelah upacara tawar menawar berlaku. Berbaloi untuk 2 disc version dvd macam ni. Drop harga agak banyak juga setelah ajak nyonya kedai tu berbual pasal kenaikan harga susu bayi dan soal jawab isu geografi seperti "di manakah Pontian? dan "mana lagi jauh dari Melaka, Muar atau Pontian" Layankan je , zassss!

Album ini ramai yang ada kan? Saya cuma ada keset sahaja. En Shafid ada cd dia.
Ramai juga yang dah tengok vcd/dvd show ni kan tak kira lah samada DVD cap ayam atau ori. Satu-satunya show Metallica yang disiarkan di TV (TV3) tapi edited version. Kali ini saya nak review DVD dia. DVD cap WarnerMusicVision.

(click pics to enlarge)
Cover depan. Yang menyibuk ket belakang tu adalah
DVD The Beatles Anthology (Cap ayamserama)

Cover belakang. Basic informations. Tiada tracklist.

Features Include:

  1. Konsert selama 2 setengah jam.
  2. Documentary selama 40 minit. (lawak seh docu ni)
  3. 4 Multiangle : "Of Wolf and Man" , Fuel, Sad but True, Enter Sandman. Boleh pilih samada nak view Kirk, Jamez, Lars atau Jason sahaja. View makcik cleaner pembersih pentas takda ye...
  4. 4 separate track audio : Metallica and Orchestra - Dolby 5.1, Metallica and Orchestra - Dolby 2.0, Metallica only - Dolby 2.0 & Orchestra Only - Dolby 2.0. Pada saya layan 5.1 lebih sedap dari 2.0 channel walaupun saya hanya guna sistem audio hi-fi AIWA 2 speaker yang hampir kokak. Ni belum betul-betul layan guna Hometheatre 5.1 ni.
  5. 2 video klip "No leaf clover" (takda istimewa sangat pun)
  6. Subtitle English dan English Closed Caption. (senang nak nyanyi sama)
2 disc DVD. Transparent keep case (Amaray case).
Disc holder dia sangat ketat. Takut seh masa mula-mula nak keluarkan DVD dia.
DVD kaler hitam putih. Ini yang saya musykil ni. Memang simple macam ni ke design disc dia? Macam tak ori pula. DVD Cikla yang saya beli dulu lagi lawa cetakan berwarna warni ceria kat disc dia.

Cover depan booklet. 12 mukasurat.
Tak banyak info dan gambar. Nak lagi puas baik layan inlay cd atau keset S&M lagi bagus.

Kita selak page by page. Tracklist dvd 1.

Kata-kata dari Michael Kamen. Dah meninggal dah pun dia ni.
Dia macam separate Info Disc 1 & 2 gitu. Ni masuk page untuk disc 2.

Photograph by Anton Corbjin. Dia ni rajin jugak bekerjasama dengan U2.

Tracklist dvd 2

Page belakang sekali. Kat bawah tu basic info secara teknikal untuk format dvd.

Picture format: PAL 4:3
Region: 2/3/4/5/6
Disc format : 2 DVD- 9

Sticker LPFM. Rasanya originallah ni kan?


Pros:

  1. Metallica dan Michael Kamen, hasilnya memang cemerlang.
  2. 2 lagu epic kegemaran saya iaitu "Bleeding Me" dan "The Outlaw Torn" dimainkan dalam album ni . Yeah ! Cool!
  3. Kualiti audio video memang superior berkali ganda dari DVD cap ayam. For sure lah kan?
  4. Bonus features pun cukup segala. Ada ROM content direct ke internet untuk info tambahan Metallica.
ROM content, layan dvd sambil melayari info Metallica menggunakan program PC Friendly. Takda apa istimewa pun, Broken link pun banyak.

Secara keseluruhannya isi DVD ni memang menghiburkan. Bolehlah disimpan menjadi koleksi, tapi.....

Cons:
  1. Animated menunya. Annoying. Susah nak bypass menu dia yang suka main lari dan kejar.
  2. Susah nak pilih track semasa sedang layan (on the fly). Contohnya kan, kalau kita sedang dengar audio channel Metallica+Orchestra dan kita nak switch audio channel Metallica sahaja kena balik ke menu. Tak boleh direct. ini belum kira masuk menu nanti main kejar-kejar lagi. Ini sama jugak dengan features Multiangel tu. Nak senang, layan kat PC.
  3. Dah rujuk kat internet. Dengarnya kalau kat 'dvd player tertentu' tiada masalah di atas . Hmmm, nampaknya player saya bukan lah 'dvd player tertentu' tu. Takpa, balik kg nanti test kat Sony Hometheatre adik ipar.
Ini dari Dokumentari dia, Jason menyirap dengar bunyi strings.
Hetfield : Err... Boleh repair lagi ni, orang worksyop sibuk tak eh?


Portnote:
  1. Ini merupakan album terakhir pemain Bass , Jason Newsted bersama Metallica. Jason adalah pengganti selepas kematian tragis Cliff Burton . Cliff Burton pula dahulu adalah pencetus idea asal Metallica bermain dengan Symphony Orchestra ni sebenarnya.
  2. Info S&M dari wiki , klik sini.
"Hear me
And if I close my mind in fear
Please pry it open...
See me
And if my face becomes sincere
Beware!"


14 comments:

deaf-angel said...

tu jam aku kerja kilang

so main versi cd.
Masa 1st song Esctasy of Gold, kawan2 yang tak pernah dengar Metallica smua cam kagum la haha.

aku paling feberet dvd/cd ni ialah Bleeding Me. Best version ni.

Portdy said...

brodep;

zaman ni eh?
zaman ni wa kolej boy hahaha...
wa jenis masuk kolej lambat jadi budak2 satu batch bawah umur ni sumer dah layan Limp Biskut lah Korntos lah...
dua tiga kerat jek yg layan metallica ni...gua beli keset dia kat Angsana JB.
ada satu budak tu bawak vcd pirate snm ni,layan kat bilik dia guna pc jek.... time sumer budak yg lain yg tak layan metallica tidur...
buat bodoh sudah, hati dah kering janji boleh tengok vcd metallica s&M....(buat muka JasonNewsted)...

kira jakun jugak lah sebab kat umah pun tak penah ada vcd player mahupun videotape player...jarang dapat tengok konsert rock.

workingclassheroes seh zaman tu...

gua suka bleeding me...
gua suka Load/reload sebab tu wa suka SNM ni...

speedrider said...

Metallica S&M sememangnya sedap didengar (untuk aku la)

SkiD said...

S&M...zaman Metallica dah lembut...So aku pernah tengok gitu2 je laa..ok jugak laa..

berteromber said...

serius berbual..aku ada dvd ni Skudai Parade pressing..tapi sampai sekarang aku tak pernah tengok pun..ntah la..tu jam aku aku macam dah tawar ngan metallica..setiap kali nak bukak..aku terbukak dvd lain...

tapi kenapa ek aku beli..ntah la..mungkin pasal amoi sales tu seksi kot...huhu..

Portdy said...

speed;
memang sedap dan senang hadam, dia sedap dia unpama makan whopper Burger KIng gitu.....

skid;
kalau gitu bro, lu mesti prefer DVD Live Shits: Binge and Purge, tak pun apa2 material zaman Clive Burton.

Portdy said...

try check la, bro-teromber,
ada cukup tak semua features dia...
kalau cukup untung lah weii
dvd murah, amoi cun pulak tu hehehe

matakucing said...

lepas S&M keluar jer..mulalah kat msia buat rockestra la..apa la..mantera, amuk, ntah lagi apa2 ntah ..semua nak orkestra.. termasuklah Search rockerstra tu..cam hampeh jer. Tp S&M memula keluar aku xcited giler sampai bli kaset 2 kali haha & ngk vcd banting pressing...lepak pasang kat kedai cd tu hahaha.

eddie dewanaga said...

gua angkat vcd S&M kat Hani Music Centre... lepas relax kena okok Kent pangkah depan beranda kedai, brader tu tolak dgn diskaun kawan2.

dengan syarat, gua terus terusan memborong kaset di kedai itu.

...and yes i did. (hinggalah 2002, setelah peristiwa kena buang kerja dan naik turun mahkamah sementara di Menara Ansar)

Ijau D. Koceng said...

ini lagu2 zmn aku final year + extended kat usm

btw, cd audio ori s&m pun kaler itam putih gak...

Saudagar Mimpi said...

Aku ada S&M versi VCD ori & DVD capla. Sama mcm berteromber, aku agak tawar sikit nak tengok S&M ni. Aku lebih suka layan "Cunning Stunt". Ada letup2 gitu.

Takilala said...

Cliff em' All.. huhuhu

:: Wiween :: said...

hetfield rawks!!! \m/(^_^)\m/

Jemz said...

pirate punya siap jual separate..gua beli 2-2, bila ntah nak beli ori nyer