Friday, August 07, 2009

Berkat di sebalik membaca Bismillah.

"Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya. Suaminya berkata sambil mengejek, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu." Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan." Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja."


Wallahualam.

6 comments:

  1. kadang² tak sure dah baca ke belum (macam kunci kete, dah jln 3 tapak, cek balik tit-tot tu bunyi ke tak - selalunya mmg dah :))

    ReplyDelete
  2. adoi..aku makan pun kekadang terlupa nak baca..kalau teringat masa tengah makan..boleh la baca "Bismillahi awwaluhu wa akhiruh"...kalau dah abis baru teringat...kira wassalamu ajer la.. :P

    ReplyDelete
  3. KOG;
    tu lah dia, benda ni memang selalu terjadi...kena check jugak lah kan?
    kadang2 kalau tak check tu lah yg kena...contoh zip seluar selepas ke toilet huhuhu..


    bro-teromber;
    tu lah dia, kadang2 kehidupan yg merencam ni membuat kita lupa pada benda basic...
    gua pun sama jugak....
    sama 2 kita improve, baru rock gitu....united we stand beb, divided we fall.

    ReplyDelete
  4. biasanya camtu lah benda yg dianggap simple tak diambil berat..cam lagu lefthanded ringan berat.

    ReplyDelete