Verdict:
Masa mula-mula beli, jujurnya, susah nak masuk. Susah sangat nak masuk.
Sekarang? Serius , saya suka gila album ini. Pada pendapat saya sekarang dalam album ini banyak lagu yang bagus cuma sayang, ianya bukan di era Bruce Dickinson. Bukan salah Bayley, tapi keadaan masa tu memang tak sesuai untuk dia, seems like he's not in the right moment that time. Susah nak kikis imej Bruce di mata peminat Maiden. Selalu saya fikirkan kedua-dua album era Blaze Bayley kalau dibawa oleh Bruce mesti lain auranya.
Tak kisah apa yang Maiden Fans nak cakap , saya suka album ini. Infact saya juga suka album Virtual XI lebih-lebih lagi lagu "The Angel and the Gambler" walaupun dia punya korus ulang sampai 20 kali huhuhuhuhuhu.
Futureal, Look for the truth, The angel and the gambler, Lord of the flies, Man on the edge, The aftermath, Virus (ni dari kompilasi Best of the Beast - gila lawa poster dia) ni semua my personel feveret dari era Bayley.
So this is the song that i like most from the album, saya suka part oh oh tu.
From the album : X-Factor (1995)
|
|
|
|
|
Portnote:
- Tiada gambar keset disertakan, sebab keset ni kena rampas masa kat asrama. Tinggal cover sahaja itupun malas nak geledah balik. Masih berharap kalau ada versi CD ingat nak beli juga satu.
- Kredit gambar http://www.ironmaidencommentary.com
re: hah tu ada org komen kata kek tu boleh kukus je, brp minit tak tau.. sila lah... (siap genggam tangan tu tak larat, haha!)
ReplyDeleteNapa le ko lewat sangat cekedout Maiden ni. Dah sampai X-Factor baru layan. Patutnya paling2 lewat pun..masa Fear Of The Dark. So dapat lagi rasa aura Bruce pada zaman semasa tu!! Aku pun lewat gak. Dah sampai album apa ek?..Haa Powerslave!!
ReplyDeletewalaupun banyak fan tak suka Blaze...tapi aku suka...pasal aku dah follow dia sejak dari zaman band lama dia Wolfsbane lagi..
ReplyDeletewalaupun aku berharap Michael Kiske yg join Maiden tapi bila tau Blaze yg join rasa macam tak caya pulak...pasal muzik Wolfsbane berlainan...tapi album X Factor membuktikan pilihan Maiden tepat...tapi kesian Blaze...aura Bruce kuat sangat....
nanti kalau aku rajin...selongkar gobok la cari balik kaset Wolfsbane "Down Fall The Good Guys" kasi review sikit.
Fatorencat,
ReplyDeleteboleh kukus eh? baik lah saya akan mencubanya! ( sambil melangkah longlai mencari periuk pengukus)...
apa? periukpengukus pun takde? huhuhuhuhuhu.....periuk nasik boleh?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletebro skid,
ReplyDeletegua punya rock "awakening" ni start somewhere penghujung 8o's dalam darjah 5 ke 6 gitu lah (tak kan start dengar time darjah satu pulak kan , cam tak logic gitu? hehehehe) , dan tak terus start dengar maiden...dengar Scorpions dulu hahahaha!
so quite lambat sikit lah , tapi takpa , butter late then never!
lupa nak cakap, katun bro Gayour , Nan, Katekana, Yo,dari majalah Gelihati,Gila-Gila lah yang banyak mengenalkan gua pada rock barat masa tu....
yup, gua start zaman Blaze, pas tu baru balik zaman Bruce ....gohet gostan gitu .....
broteromber,
ReplyDeletekalau dah kenal dari zaman Wolfbane ni dah dikira halal eh, handal!
Blaze bagus, dan dia boleh compose lagu dengan baik, tapi dia akan ada masalah bila Live, susah dia nak bawak lagu era Bruce, mungkin kalau lagu era Paul DiAnno takde masalah kot...
bro, takde ke dvd baru dia ? dengarnya dia banyak bawak lagu Iron Maiden era dia dalam tour?
kadang-kadang gua rasakan, imej Bruce sekarang adalah penyatuan ketiga2 vokalis maiden...
ReplyDeleterambut pendek macam PAul, Sideburn macam Blaze(cuma tak cukup panjang jek) dan imej beliau sendiri yang theatrical dan suara yang macam siren gitu...hehhehe
personally gua suka era Bruce serak nyaring dalam fear of the dark...lagu feveret Afraid to shoot the strangers!
ini album memang RULES!!! The darkest IRON MAIDEN album ever! Paling menarik cerita ko, ko jatuh cinta kat IM pasal album ni hahahah... Ini menunjukkan IM memang Metal for the masses ah! Up the IRONS!
ReplyDeleteabang ben,
ReplyDeletesegan gak sebab rata2 maiden fans tak suka era blaze ni,
wa cuma nak story yang even the less appreciated maiden album can give the biggest impact to someone, somebody anywhere in the world...
yup! betul abangben, this one is dark, satu lagi , AMOLAD pun seperti ada aura dark macam ni....
berat tanggungjawab dia isi posisi vocalist tu
ReplyDeletegua suka Man On The Edge time chorus...
ReplyDeletefalling down...
falling down...
falling down...!!!
cateye,
ReplyDeletesangat berat untuk Blaze...
ini juga menunjukkan Bruce Dickinson bukan calang-calang punya vokalis....gile ah dia ni...
Bro Naga,
a'ah, part falling down tu memang best....
tengok videoklip dia ...yang orang nak terjun bangunan tu, gayat siot!
x factor ni semacam dan lain macam dari yang lain.
ReplyDeletebro deplepp,
ReplyDeletealbum ni memang semacam,
nak upgrade ke cd harap ada lagi lah...
gua tak ingat sejak bila gua kenal maiden. apa yang pasti dizaman purba dulu. heh! x-factor menjadikan maiden tidak seperti maiden. ia benar2 bebeza kerana perubahan yang belaku. tapi gua suka dengan apa yang diorang buat pada eddie. grafik yang hebat!
ReplyDeletebro gayour,
ReplyDeletetu lah dia bro,otai2 mesti ramai yang kurang gemar Blazey era...
ini album, either you love it or hate it....tak gitu bro?
ooo... itu pasai la hang jeles tgk cd the x factor aku noo?
ReplyDeletebg aku iron maiden is steve harris, so xkisah sapa pun vokalisnya... up the irons
huhuhuhu jeles la jugak,
ReplyDeletesemalam baru je nampak virtual XI kat Muor, belum priority lagi nak beli...
and agree, mastermind dia memang Steve Harris .
..antara band yang digerakkan oleh seorang Bass player.