Tuesday, August 08, 2017

BUKAKOTAK : THE VERY VERY BEST OF CROWDED HOUSE BY THE CROWDED HOUSE

Salam Negaraku Sehati Sejiwa.



1.Ini adalah edisi saya membuka kotak packaging CD/DVD THE VERY VERY BEST OF CROWDED HOUSE.

2.Saya bukan peminat tegar CROWDED HOUSE, hanya sekadar tahu beberapa lagu terutamanya DONT DREAM ITS OVER

3. tergerak hati membeli cd terpakai ini dengan harga RM10.00 disebabkan teruja dengan cover version lagu tersebut oleh Miley Cyrus dan Ariana Grande.

4. Sebut pasal cover version lagu rock lama oleh penyanyi baru, saya rasa ia adalah bagus.

5. Bacalah komen youtube pada lagu Dream On Aerosmith contohnya, mesti ada komen berbunyi begini: " GLEE shows brought me here"

6. Jadi bagus bila lagu lama disadur semula oleh mereka ini ianya memberi pendedahan kepada lagu asalnya.

7. Penggemar muzik sejati akan menggali akar umbi sesuatu lagu atau artis yang mereka minati.

8. Namun begitu ada juga rockers yang tak setuju atas alasan merosakkan lagu band yang mereka minati.

9. Benda ni subjektif. Kebanyakan saduran atau cover version tak lah teruk pun. Budak baru ni pun fikir kualiti juga.

10. Emosi dalam memberi pendapat akan merosakkan peluang muzik rock lama "dijumpai" oleh peminat generasi baru.

Back to CROWDED HOUSE.

jadi saya akan buat sedikit perkongsian gambar ye, sebelum malam ini saya bedah siasat content dan lagu lagu dari CROWDED HOUSE ni.









Dont Dream a little dream of me.

Portnote: Terimakasih saudara Transformers United kerana memperdengarkan saya seleksi lagu OST GLEE. Sedap juga diorang cover balik U2, JOURNEY, AEROSMITH. ETC

Ariana Grande dan Miley Cyrus Cover Dont Dream Its Over by Crowded House

https://youtu.be/m2ua3O_fdCY



Sixpence None The Richer version (thanx Rafi Zyrus Zone for your information)
https://youtu.be/3bdOefF_tyU



9 comments:

speedrider said...

First comment macam biasa. Teruskan Portdy!

Adi Herman said...

"hey now, hey now...don't dream it's over"

I really love this song tapi serupalah dengan tuan empunya blog ni, perihal info mendalam pasal kugiran ni aku kureng sikit. Aku lebih prefer versi Sixpence None The Richer untuk lagu ini.

Portdy said...

Tq Mus. Try to BACK IN THE SADDLE AGAIN

Portdy said...

Aku baru tau versi SNTR tu...

D'arsil said...

untunglah harga murah tu dapat 3 keping cd.

Saudagar Mimpi said...

2nd entry this year. Keep it up dont gibab!


Review CD Kembara plak pleaseeee....

Portdy said...

D'arsil, yup Alhamdulillah murah tu

SM, dapat hidayah tiba tiba

berteromber said...

Setuju bab GLEE tu...anak perempuan aku discover dan minat Journey pasal tu....dan sekarang dia tengah into Pink Floyd....tapi aku masih tak berjaya rachun dia minat Iron Maiden....walaupun dia "pau" sekeping tshirt Maiden aku bawak gi kolej...hahaha..

Portdy said...

Aku doakan anak Betromber dapat hidayah minat IM, nanti boleh setup band macam anak Steve Harris