Thursday, June 11, 2009

Balik kampung minggu lepas dan pengalaman berharga dari seorang lelaki misteri.

.

Pix: cuba teka berapa jauhkah (dalam km) kampung saya dengan tempat saya bermastautin sekarang?


Hujung minggu lepas ( 6 & 7 Jun 2009):

  1. Balik kampung kerana nenek Mybetterhalf sakit masuk hospital (sakit tua)....Alhamdulillah sampai sana rupanya nenek dah discharge dari hospital dan dah balik rumah...jadi pergi ziarah ke rumah sahaja. (semoga nenek cepat sembuh ye nek, Amin).
  2. Gotong - royong tolong adik ipar yang nak pindah rumah. Tak dapat settle semua barang sebab guna van The-A-team sahaja. Mahu 2 -3 trip lagi tu. Sayang saya tak dapat tolong lagi minggu ni, sori ah Jack......
  3. Saya nak hantar my Portmobile dan kereta Onee-chan* saya gi carwash feveret kami rupa-rupa nya carwash tu tutup , maklumlah cuti sekolah lagi banyak jemputan, lastly onee-chan cuci sendiri kereta dia ! Sorry eh Onee-chan....huhuhu...... dan Portmobile? Masih diselaputi kotoran degil, hahahahaha ! ketawa evil!
  4. Petang pula menjalankan operasi mencari DVD terbaru dengan adik ipar, dia beli DVD 8 in 1 filem2 spoof seperti Date Movie, Epic Movie etc etc etc....
  5. ....dan saya pula dengan tak disangka-sangka terjumpa DVD Iron Maiden: Flight 666 (versi Cik La) ....hehehehehehe......enjoy!...tapi cuma dapat satu disc saja part documentary sahaja....konsert takdek. Kesan tengok DVD FLIGHT 666 : Dalam kepala tengah humming lagu "Always look on the bright side of life".[siul siul siul siul].
  6. Malam, Mybetterhalf mengidam nak makan sekerim(ice-cream). Jarang dia ni nak minum ais apalagi makan aiskrim so kali ni special case sikit hehehe ....so dengan semangat nya pergi dengan Jack dalam misi mencari sekerim Vienetta , tak jumpa vienetta last sekali settle beli Wall's Selection Chocolate Heaven .....hmmmm, sedap juga.
  7. Akibat makan aiskrim tu lah Mybetterhalf dan Myonee-chan sakit gigi malam tu ...dan saya terus diserang semasema .....huhuhuhu.... srott srott...srott srott....
  8. Masa misi mencari sekrim tadi , tiba-tiba perut lapar, teringin nak makan maggi goreng mamak tapi bajet lari sebab beli aiskrim dan pampers anak, nasib baik Tun-Tun** dan Myonee-chan masakkan maggi goreng kat rumah untuk kami . Yay! Sumpah lagi sedap dari mamak punya masakan ...hmmm Yum! Yum!
  9. Lepas makan megi dan sekerim, masing-masing bergelimpang layan Date Movie, Epic Movie, Superheroes Movie, satu demi satu sampai sorang-sorang lena diulit intan. ZZZZZZ.
  10. Esoknya pula ada missi menghantar pengantin (sepupu lelaki Mybetterhalf) ke rumah pengantin perempuan di daerah Layang-layang, Johor.
  11. Tak pasal-pasal saya kena jadi pengapit terjun disebabkan semua pengapit pengantin lelaki tak muncul tiba, huhuhuhuhu....dah lah tak pernah jadi pengapit, baju melayu pun takda, so naik pelamin ngan baju T-shirt + seluar slack lusuh saja! buleh bayang kan tak betapa birunya muka saya ini....(anyway best juga pengalaman tu , tapi sayang.... how I wish I could do better that time...sigh....).
  12. Apapun selamat pengantin baru untuk kedua mempelai. Semoga bahagia kekal happily ever after.
  13. Lepas sessi sanding2 saya pergi lepak belakang khemah bahagian meja makan beradab,.....ambik nafas sekejap dari hiruk pikuk orang ramai , tiba-tiba saya didatangi seorang lelaki misteri menyapa saya dan terus ajak bersembang , (brader ni dari keluarga pengantin perempuan , seorang guru yang baru sahaja sembuh dari serangan Stroke , umur baru 44 tahun), banyak perkara beliau nasihatkan saya, ada masa nanti saya story dalam entry akan datang. Terimakasih banyak Cikgu Salim kerana sudi berkongsi pengalaman berharga Cikgu kepada saya. Satu jam lebih yang ada tu memang tak cukup rasanya.
  14. Sembang punya pasal sampai terlepas nak join majlis makan berdamai .....huhuhuhu !
  15. Malam, standby untuk pulang ke tempat mencari rejeki, sebelum balik Myonee-chan masakkan Roti bersalut telur bakar dengan sosej dan daging burger goreng cicah sos cili......pehhh .....Sedap gila seh ! Yum! Yum! Terimakasih banyak Onee-chan, perut saya memang lapar sangat masa tu. (kruk...kruk..sound effect lapar) Hehehehehehehe.
  16. Balik ke tempat mencari rejeki dengan perut yang kenyang. Gendang-gendung tali kecapi, kenyang perut senang hati.
  17. Tammat.

Pix: plan asal nak beli aiskrim ni.

Pix: Alih-alih beli yang ini ( bukan gambar sebenar, saya beli perisa coklat)




Portnote:

  1. * Onee-chan = Older sister (in this case she is my sis in law).
  2. ** Tun-Tun = biras saya merangkap isteri Tan-tan@Jack@my broinlaw
  3. DVD FLIGHT 666 memang best! kalau kewangan mengizinkan memang nak sambar set ori juga, persoalannya : masih ada lagi ke nanti bila time saya mampu nak beli? ini barang panas .
  4. MYbetterhalf - ini istilah Bro Deaf selalu guna, kena bagi kredit kat dia sebab dari dia saya tahu istilah ni.
  5. Saja highlight part roti telur tu untuk menaikkan lagi selera sebenar juadah tersebut ..Yum! Yum!

8 comments:

berteromber said...

er..kg lu kat maner sebenonya ni?..layang2?

ahad lepas gua gi pontian...biasa la keje kawin...lu pontian kat maner ek?

haha...banyak tanya pulak...tp flight 666 tu dah 2,3 hari wa cari cd dia kat jb tak der lagi...nak beli dvd macam tgh tak mampu pulak sekarang ni...rasanya macam nak kena beli versi Cik La jugak la...huhu..

Portdy said...

bro-teromber,


wa pontian la bro,
area side-urban hahahahhaaa...
flight 666 memang best, tu pun nasib baik jumpa cik la punya...
kat pontian dvd dengan cd audio versi cik la dah kuar...

tapi tak puas ah sebab tak dapat yang part konsert nye...

eddie dewanaga said...

bro... cerita lu best beb, lain kali ada apa2 majlis atau kisah menarik, lu bikin stail gini jugak aa...

gua kasik sepuluh bintang!!

deaf-angel said...

van A Team..
klassik betul perkataan ni huhu.

layang2, apa ingatan aku tempat ni dulu2 kala, pegi layang2 takde signal henpon haha.

ni zaman dulu2 zaman kuno tu, skarang dah ok dah kot smua tempat kat layang2.

kucingorengemok said...

ada ke berbual boleh lupa makan? saya tak pernah gini! hehe. ye kot, bangi kopitiam tu kid punya, berlambak gambar search gantung situ.

Portdy said...

bro dragon,

nanti ada cerita best gua tulis lg ok?
thanxxer bro!


bro depplepp,

layang2 dah maju dah,
kampung masih kampung lagi, spirit tu masih ada...
line cellphone dah berubah dahh
coverage bagus, dia punya Bar sudah tembus dinding dia punya tinggi huhuhuhu....

Portdy said...

fatorencat,

hmmmm, betul lah ek?
Kid search punya huhuhuhu...
tapi dia cuma share holders jek rasenye...

Portdy said...

fat oren cat,

masa bebual tu ingat makan (even saya duduk kat belakang tu je), tapi sayang nak tinggal kan perbualan tu sebab tengah banyak cerita best la..

lagi pun time makan berdamai ni saya suka bagi privillage kat orang2 tua jek lah yang duk makan berdamai....our time will come...


tapi normally nye saya ni kalau makan memang boleh lupa segalanya, kena makan lauk sedap sikit kan, mak mentua naik skateboard lalu kat belakang pun boleh tak nampak hehehehe....